Assalamualaikum, hi blog yang sendu tiada pengunjung & penulis yang jarang singgah mengarang hikhik.
Alhamdulillah haritu keluar result upu aku dapat peluang sambung degree. Kinda disappointed sebab aku memang nak sangaaat masuk ukm, memang dari before form 6 dah plan nak ambik psikologi kat ukm. But itulah, interview tak lepas. 300 yang pergi, 60 je yang dia nak. Hm persaingan sengit, pointer pun tak seberapa berbanding diorang. Hahaha itulah kita manusia ni hanya merancang, Allah swt yang menentukan. But still, alhamdulillah dapat second choice iaitu sains pentadbiran dekat uitm seremban 3. Kenapa aku pilih kos tu??? Sebab aku tau aku ni lemah in basic knowledge, politics etc. So memang niat aku nak study betul betul kos ni. Kalau kita mmg tahu sesuatu, takkan nak ambik tahu lagi kan? So aku challenge diri aku untuk masuk bidang yg aku lemah but still sooo interested to gain knowledge from it. Incase anyone saw this post, please doakan aku survive. Harapnya duduk berjauhan dgn family for the first time buat aku lebih bersemangat nak belajar hikhik.
Preparation? Alhamdulillah 50% dah settle just perlu bayar yuran besok & buy barang barangggg. Banyak gila pakai duit ya Allah... Ada je lah benda nak beli ish ish. Nasiblah sekarang ni ada kedai rm2, borong situ jelahhhh hahahahaha! Aku sebenarnya deborrr nak sambung degree ni, bukan apa, perangai aku ni masih mentah dalam mengenal dunia. Teringat kakak aku cakap *kau ni berubah la, takkan study degree still perangai macam ni?* Hahahahaha seram dengar. Yelah kang susah nak survive. Tapi tulah, dalam nak mahir berjalan, mesti kena merangkak dulu. Aku akan cuba yang terbaik insyaAllah. Aku jugak harap aku tak terpesong bercintan cintun takut takut mengganggu pelajaran aku. Aku pun masih belum dapat *move on*. Aku masih terngiang ngiang dengan apa yang berlaku. Aku harap semuanya berhikmah. Kalau betul dia jodoh aku, alhamdulillah. Kalau bukan, Allahu, Allah yang maha mengetahui.
Pesanan untuk diri,
Bertabah lah. Jangan asyik ingat peritnya belajar, tapi ingatlah seronoknya berjaya. Sentiasa berbuat baik dekat orang. Cuba jadi seseorang yang lebih konfiden. Banyak dekatkan diri kepada Dia. Jangan mudah mengeluh. Jangan kedekut ilmu. Berjimat cermat dalam berbelanja. Belajar rajin rajin buat mak ayah gembira. Tiada yang sempurna, tapi CUBA.
insyaAllah. Dah 20 tahun, tapi rupanya jauh lagi perjalanan. Goodluck dear self!


No comments:
Post a Comment